Soalan Lazim

Adakah saya layak untuk memohon sebagai ahli PPTMPBP?

Keahlian pertubuhan adalah terbuka kepada semua ketua keluarga komuniti Taman Mutiara Perdana.

Bagamanakah cara untuk saya memohon untuk menjadi ahli PPTMPBP?

Bermula Julai 2023, permohonan keahlian PPTMPBP boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi      PPTMPBP ( pautan : mutiaraperdana.com ).

Berapakah kadar bayaran pendaftaran keahlian yang dikenakan oleh PPTMPBP?

Bayaran pendaftaran keahlian PPTMPBP bagi setiap kali kemasukan adalah sebanyak RM20.00.

Berapakah kadar sumbangan bulanan yang telah ditetapkan untuk keahlian PPTMPBP?

Bermula Julai 2023, kadar sumbangan bulanan bagi keahlian PPTMPBP adalah sebanyak RM10.00.

Adakah saya layak memohon sumbangan dan bantuan yang disediakan oleh PPTMPBP?

Sumbangan dan bantuan adalah layak dipohon oleh semua ahli PPTMPBP yang aktif apabila telah melunaskan bayaran pendaftaran dan sumbangan bulanan.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon sumbangan dan bantuan yang disediakan oleh PPTMPBP?

Permohonan sumbangan dan bantuan boleh dibuat melalui:

Pengerusi PPTMPBP

013 - 3183 586


Naib Pengerusi PPTMPBP

010 - 8798 460

Adakah saya boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti milik PPTMPBP?

Semua individu yang menetap dan memiliki kediaman di Taman Mutiara Perdana dibenarkan menggunakan kemudahan dan fasiliti yang disediakan.

Sekiranya saya ada pertanyaan, cadangan, aduan atau kemusykilan, bagaimanakah saya hendak menghubungi pihak Pengurusan PPTMPBP?

Bagi sebarang pertanyaan, cadangan, aduan atau kemusykilan, sila hubungi Pengurusan PPTMPBP melalui Portal Rasmi ( pautan : mutiaraperdana.com ) atau email kepada pptmpbp@gmail.com atau terus berhubung dengan :


Pengerusi PPTMPBP

013 - 3183 586


Naib Pengerusi PPTMPBP

010 - 8798 460