Aktiviti

SESI SUAI KENAL

Sesi perjumpaan  bersama semua ahli jawatankuasa tertinggi Pertubuhan Penduduk Taman Mutiara Perdana Fasa 2. Perjumpaan ini adalah untuk menerangkan peranan dan tugas-tugas bagi setiap ahli jawatankuasa yang dilantik.

Di samping itu, perjumpaan ini bertujuan untuk suai kenal antara ahli jawatankuasa serta mengeratkan hubungan dalam komuniti kejiranan.

RIADAH MALAM

Aktiviti riadah bersama komuniti Taman Mutiara Perdana Fasa 2, aktiviti ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan kejiranan sesama komuniti setempat.

MESYUARAT AJK

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi permohonan Pertubuhan Penduduk Taman Mutiara Perdana Fasa 2 (PPTMP2) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).